Wednesday, January 25, 2012

Tahun Alaf Baru 2012

Salam dan Selamat sejahtera kepada semua,
Agak lama jugak tidak di updatekan info kat blog, maklumlah ada tugas2 yang kena selesaikan dahulu, sebelum itu saya nak ucapan selamat datang kepada tahun 2012 dan semoga tahun ini akan dihadapi dengan jayanya.

Antara yang menarik yang berlaku pada tahun ini :
1. Pelaksanan sepenuhnya SBPA kepada staf gomen setelah pasukan khas yang ditubuhkan selesai membincangankan perkara yang berbangkit.
2. Sistem SIKAP bertransformasi kepada MySIKAP
3.Pelaksanaan sistem AES iaitu saman dikeluarkan secara aoutomatik kepada pesalah trafik melanggar lampu isyarat merah dan melebihi had laju, konsep sama seperti yang amalkan dinegara German dan England.
4.Pilihanraya ke-13, mungkin pada musin cuti sekolah suku atau tengah tahun kot, itu pun bergantung pada ilham Perdana Menteri nanti.
5. Sukan Olimpik 2012 London, mampukah kita dapat menggondol pingat emas yang pertama untuk negara,sama-samalah kita tunggu.
6.Model terbaru Proton yang dijangka pada suku tahun pertama merangkumi model piawaian antarabangsa.
7.Penggunaan not kertas rasmi negara yang baru.

Dan pelbagai lagi lah, itu saja yang saya ingat semasa terlintas menulis blog ni, yang lain kena rajin google atau cari info terkini di sesawang  kerajaan atau swasta.