Tuesday, June 21, 2011

indoor game

Minggu lepas fasa berikutnya game indoor bahagian hasil telah berlangsung.Ini termasuklah permaianan korum dan batu seremban.Kepada semua pemain anggaplah permainan ini adalah untuk kebanggaan kumpulan masing.lakukan dengan bersungguh2 untuk mencapai matlmat permainan untuk mendapatkan markah yang tinggi kerana hadiah ditawarkan oleh ajk sukan (Nasri) khabar lumayan jugak.Nak tahu lebih lanjut sila berhubung dengan dia.




Anugerah APC 2010

Tahniah diucapakan kepada En. Zahir,Pn.Asnah, Cik Yati dan Cik Ain yang telah dianugerahkan cemerlang untuk kakitangan awam (APC tahun 2010)peringkat JPJ Malaysia yang telah berlangsung di akedemi Melaka pada 11 Jun 2011.Setiap pegawai tersebut akan terima sijil perhargaan (diupdate dalam buku servis) dan wang tunai RM1000  untuk dibelanjakan atau amal jariah  kepada kami semua...hehehe...belanja makan lah nampaknya...kepada yang belum APC , teruskan usaha untuk menjadi pekerja yang cemerlang supaya markah SKT kita dinilai dengan lebih tinggi lagi pada tahun ini...Tahniah !!!!

Malam pesta muda mudi

Temanya sedap tapi mereka yang sertai tak muda pun sebab umur dah lewat2 pun begitu yang penting dihati diorang sentiasa muda girang remaja.Empat orang wakil penari daripada kelab kita telah diberi peluang oleh orang seni yang dipercayai supaya mempersembahkan tarian 60an.Fadzil dengan rambut asfronya dan yang wanita pula dengan pakaian silau warna germelipannya tapi secara jujur tak beberapa sesuailah pakaian tu..kalau tak percaya cuma tanya orang hidup zaman tu mesti setuju dengan pendapat saya.
Yang ironiknya kumpulan Jambu pun boleh ada ni.
ok saksikah foto yang telah dirakam.



Sunday, June 5, 2011

Rombakan kecil kabinet Kelab Hasil

Salam, baru sebentar tadi berlaku pertukaran ajk kelab khususnya jawatan panas iaitu Bendahari kelab.Seperti maklum sebelum ini penyangdangnya iaitu Cik Wardah akan tetapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, maka ajk pusat kelab telah bermuzakarah tadi bahawa melantik Pn. Rohana untuk menjadi bendahari.Tahniah juga kepada beliau kerana sudi dengan sukarela dilantik sebagai bendahari dikala ramai yang memikir dua kali terhapa jawatan ini. Semoga kelancaran kewangan akan berjalan dengan lancar.

sukan dalam telah bermula

salam kepada semua ahli, sukan dalam anjuran kelab telah pun bermula dengan sukan congkak dan selepas ini akan susuli dengan sukan lain seperti dart,karom,apa itu dan sukan yang lain yang telah difikirkan sesuai oleh En. Nazri kita.