Thursday, March 31, 2011

Pengumuman

Salam,kepada semua ahli yang dikasihi kalian,ada satu pengumuman kepada sesiapa yang ada ternampak surat edaran mengenai mengisi emel dan id kelab sila kembalikan kepada setiausaha kelab.nampaknya ada yang kurang faham tentang perkara ini, disini saya ingin memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.gunanya emel dan id ini adalah memudahkan pihak kami untuk membuat hebahan atau menerima maklumbalas dari semua ahli untuk dibuat penilaian daripada kami.mengikut cara lama iaitu secara manual adalah kurang berkesan kerana ada ahli yang tidak dapat info yang diberitahu.jika dengan kaedah emel ini mungkin lebih efektif untuk ahli menerima atau memberi maklumat kepada ajk.sekian, terima kasih
p.s : selalu lah layar blog ini
p.s.s : kalau ada masalah berhubung lah dengan ajk yang telah anda lantik ya....

Monday, March 21, 2011

Bacaan yasin dan tahlil

Salam kepada semua ahli kelab,pada 25 Mac ini pagi pukul 11.00 pagi akan diadakan bacaan yasin dan tahlil di aras ini, selain daripada itu juga diadakan jamuan perpisahan kepada Cik Masriah(Meriah lah sangat) yang bertukar kerana kenaikan pangkat penolong juruaudit.Selaras dengan hasrat jamuan itu juga diadakan keraian kepada insan2 cemerlang yang telah dan akan menyambung ulangtahun kelahiran ke dunia ini daripada bulan Jan, Feb dan Mac.Makluman jamuan makan berat ditaja oleh 2 orang pegawai dibahagian hasil.Bagi memeriahkan pelbagai juadah poqlaq ditaja oleh semua ahli kelab.Sekian..

Ucapan Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norita yang telah selamat menempuh pengalaman baru  dalam hidup iaitu perkahwinan pada minggu sudah.Harap dapat tempuhi apa jua halangan yang menimpa.Maklumlah kata orang lima tahun pertama adalah sesi pengenalan dalam perkhawinan.Akhir kata semoga pasangan ini kekal hingga ke akhit hayat dan dimurahkan rezeki.

Monday, March 14, 2011

Jemputan kahwin

Salam, ada jemputan kahwin oleh bekas staff di Bahagan Hasil iaitu Shahir.Lihat attachment untuk info lanjut. Betul kata orang, kalau jodoh kat depan mata,takkan kemana....

Wednesday, March 9, 2011

Pendaftaran ahli

Salam, kepada semua ahli diminta mendaftarkan maklumat pada icon Feedback sebelah kiri dan open(right-click>new tab) menggunakan new tab dan isi maklumat yang diperlukan.ini adalah tujuan rekod kelab ini.
Sekian, terima kasih

Tuesday, March 8, 2011

Jemputan kahwin

Berikut kad jemputan yang kami terima untuk hebahan umum :

Senarai Ahli AJK Kelab Hasil Sessi 2011/2012

Penaung : Pn. Norhaya
Pengerusi : Pn. Norzalina
Timbalan Pengerusi :  En. Haizul Nizam
Setiausaha : Pn. Salawati
Penolong Setiausaha : Pn. Faridah
Bendahari : Pn. Noor Hazlin
Penolong Bendahari : Pn. Mastura
AJK Ekonomi :  Cik Ilia
AJK Kebajikan & Kerohanian : Pn. Ruziah
AJK Sukan & Rekreasi : En. Nasri
Ajk Keceriaan : En. Fadzil

semua ajk yang telah dilantik pada mesyuarat yang baru lepas.Harap barisan ini akan memantapkan kepada ahli kelab ini.




 

Tuesday, March 1, 2011

Pembentukan Kelab Hasil JPJ HQ

Salam kepada warga kelab Hasil HQ, seperti maklum satu mesyuarat agong telah diadakan pada 1 Mac 2011. Tahniah diucapkan dengan pemilihan baru sesi 2011/2012 dan terima kasih bebanyak kepada exco kelab yang lama yang telah banyak menyumbang bakti.Bagi program pertama, satu meeting pertama anatra ajk yang baru akan diadakan dihotel Pullman (pada awalnya) tapi dipinda ke tempat yang lebih ekonomi iaitu di Putrajaya (Bilik Koprat jer).
Sekian...