Monday, August 8, 2011

Berita dua darjat

Salam Ramadhan kepada semua, hari ini ada dua berita yang enak dan yang kurang enak.

Pertama, mestilah nak dengar yang kurang sedap, kepada calon2 yang telah mengambil peperiksaan KPSL keputusan telah diwartakan dalam page JPA adalah LULUS dan ada yang GAGAL, tapi mengikut risikan rambang yang telah dilakukan kebanyakan rebah tengah perjalanan dan yang paling terkilan kepada skim W AG tidak dibenarkan untuk mengambil exam KPSL skim N JPA.Oleh itu, cubalah skim KPSL W AG pulak lah selepas ini, tahun depan yang boleh gak stuff subjeknya.Tapi jangan cepat putus asa sehingga berjaya naik pangkat!



Kedua, berita mengenai bonus setengah bulan gaji yang telah diumumkan oleh PM malam tadi , minimum RM 500 atau 1/2 bulan gaji pokok anda semua (staf gomen).Setelah lama dengan penuh harapan daripada pihak kerajaan agar dapat membantu bebanan staff kerajaan  untuk sambuatan Syawal,dapat juga akhirnya almaklumlah barang semua naik, nak shopping raya dah takda selera apa tah lagi dengan "membelah tingkap" lagi ler...Apapun berapa yang diterima nanti kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan nanti pada pertengahan bulan ini, daripada orang yang langsung tak dapat !SYUKUR!