Sunday, May 29, 2011

restoran sedap di Bentong

Salam semua, hari semasa buat pemantauan ke negeri Pahang, kami telah disarankan oleh (Pn.Intan) untuk singgah makan ke restoran cahaya baru di pekan Bentong.Katanya sedap dan harga yang berpatutan. Apapun sesiapa yang nak datang ke situ, lokasinya berhadapan dengan KFC (seberang jalan)..


Restoran Cahaya Baru, Pekan Bentong

Majlis perpisahan dan sambutan harilahir

Seperti biasa kelab telah mengadakan majlis perpisahan CC Lin dan sambutan hari ulangtahun pada 27 Mei 2011, untuk makluman semua dua orang pegawai sahaja untuk bulan MEI. Seorang umurnya 40++ dan yang seorang lagi 30++ tapi nampak mudanya kedua-duanya (perasaan sendiri).

Hijrah ku ke penempatan baru..

Setelah lama memikir tarikh yang sesuai, akhirnya Cik Nor telah memulakan langkah untuk berhijrah daripada bilik semasa ke bilik terkini sesuai dengan jawatan yang diarahkan oleh Pn.Norhaya, semoga beliau sukses selalu..

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

Hari ini adalah Hari Guru peringkat kebangsaan.Terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami daripada yang tak tahu baca kepada celik 3M(membaca,menulis,mengira).Kami semua sayang CIKGU!




Naik pangkat lagi...

Ini berita yang baru disahkan oleh pihak pentadbiran, bahawa Pn. Hazlin (sekarang dah kena panggil CC Lin Garang) telah dinaikkan pangkat ke W22 mulai hari ini dan pada waktu post ini ditulis beliau tengah melaporkan diri di KDN.Tahniah diucapkan kepada beliau.Kami daripada AJK Kelab berasa "hangin satu badan" sebab dah kehilangan bendahari yang komited dengan tugas nya walaupun baru dilantik sepanjang 3 bulan ini.Macam biasa lah jamuan akan diadakan pada bila mana ada pegawai yang bertukar daripada sini.

Jamuan perpisahan Pn. Zura

Tahniah diucapkan kepada Pn. Zura kerana akhirnya dinaikkan pangkat ke W48.Satu jamuan perpisahan telah diadakan diruang legar pejabat kita dan suasana pada hari itu tidaklah begitu emosi sangat sebab tuanpunya badan biasa jer emosinya.Majlis itu telah dirasmikan oleh P(H) dan didalam ucapan aluan beliau telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan apabila P(H) telah menukarkan Cik Nor ke jawatan yang pernah disandang oleh Pn. Zura disebabkan isu-isu yang tidak dapat dielakkan.




hari pekerja

Kami bertiga telah terpilih untuk ke perhimpunan Hari Pekerja pada hari sabtu 7 Mei 2011 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Acara yang bermula kira-kira 8 pagi dan selesai dalam pukul 12 tghari.Ingat kan adalah pengumuman menarik ker aper tapi takda pun so tengok jer acara yang dianjurkan oleh KSM itu.
Selamat Hari Pekerja kepada semua...

Wednesday, May 11, 2011

Akhirnya aku naik pangkat juga...

Tanggal 16 Mei 2011,Pn Zura(bizwomen) akan berpindaha daripada JPJ ke BPOPA ANM atas alasan kenaikan pangkat ke W48. Tahniah diucapakan kepada beliau. Semalam sempat juga pihak kami merakam gambar saat-saat "penyisihan dokumen " di bilik keramat itu. Seperti sedia maklum pengganti nya nanti adalah akauntan daripada JKN Perlis.
Secara peribadi saya sebagai penulis ini akan terngiang2 gosip2 dan berita2 sensasi daripada lokasi ini.Tiada lagi luahan pasal kesihatan kedengaran selepas ini. Semoga sukses di tempat baru....

Thursday, May 5, 2011

Kereta Sport Jenama Motor

Semalam terserempak dengan kete sport two seat kat B1. Kebetulan Ir. Mat Dalib ada sekali untuk test hidupkan enjin, bunyi memang sedap.Harga belum tahu lagi sebab JPJ nak test dulu baru pihak KTM (syarikat moto dari Austria) boleh buat bumbung dengan cermin depan sekali.Apa pun kita layan jer...

Tuesday, May 3, 2011

Reshuffle

Surat pertukaran telah banyak diluluskan oleh AG atau pun JPA, maka tempiasnya juga akan terpalit di bahagian ini. Mengikut perancangan oleh pengurusan, disini ada beberapa pegawai akan naik pangkat dan keluar daripada JPJ dan ada juga pegawai baru melapor diri ke sini untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Ada juga yang minta tukar tapi belum tahu jawapannya. Oleh yang demikian, berdoalah banyak-banyak agar semua urusan yang berlaku ada hikmahnya.

Hari pekerja

Salam, kepada ahli kelab yang baru menyambuat hari pekerja pada 1 Mei 2011 lalu,Tema tahun ini " Pekerja Merealisasi Transformasi Negara". Terlanjur sempena hari perkerja ini, ada sumber yang mengatakan pada hari sabtu ini (hari perhimpunan pekerja) dijangka satu pengumuman tentang gaji kakitangan awam. Dengarnya mungkin pelarasan gaji akan di buat antara 10 - 30% untuk semua gred jawatan tapi itu hanya khabar saja. Betul atau tidak, kita sebagai orang gomen hanya mampu bersabar, maklumlah PRU pula akan menyusul pada tahun ini, semuanya berkait rapat. Renung jauh-jauh ya...