Thursday, October 13, 2011

Panggilan Haji

Sedia maklum selepas raya jer kita semua akan menempuh sambutan hari raya haji, dan seperti yang diketahui ada seorang pegawai daripada bahagian ini telah pun mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah iaitu Pn. Norzalina.

Majlis kesyukuran telah pun diadakan pada 30 September 2011 berlangsung diruang legar bahagian.

Sebelum berangkat ke tanah suci, ramai lah yang diantara kira mengirim doa (siap taip lagi dengan font besar) dengan harapan yang pelbagai. Ada antaranya untuk anak yang soleh, kebahagian didunia & akhirat tapi rata-rata memohon untuk dipercepatkan dan dipermudahcara mendapat jodoh yang beriman (tambah jodoh tak sempat nak taip lah).

Apapun agar doa korang yang dikirim akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah nanti.Insyaallah.

Selepas ini boleh panggil Pn. Norzalina kepada Hajah Norzalina dan kami doakan beliau mendapat haji yang mabrur juga selamat pergi dan pulang ke Malaysia.

Bajet 2012

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.

RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Walauapapun tanggapan tentang bajet ini, apa yang penting kita kenalah sentiasa bersyukur hidup di bumi Malaysia, yalah kalau nak bandingkan dengan negara jiran yang lagi payah kesusahan diaorang.

Bak kata pepaptah " Kalau ingat kita susah, orang lagi susah,jadilah insan bersykur dengan nikmatNya. 

Lambat pulak pekeling Skim Perkhidmatan Gaji Baru keluar asyik server down jer ni.

Rentetan peristiwa yang berlaku

Berikut adalah peristiwa penting yang berlaku di HQ :

  • persaraan wajib KP JPJ pada 15 September 2011 (tetapi telah dilanjutkan semula selama setahun untuk terajui JPJ Malaysia)
  • jamuan hari hari raya peringkat HQ dimana gabungan masakan (padahal outsource kan) daripada staf bahagian Hasil dan Kewangan dengan menyediakan juadah berkonsepkan kuih-muih dan desert

Wednesday, October 12, 2011

Sambung Coretan

Salam semua, hampir dua bulan kami tidak meletakkan apa-apa info dalam blog ini, mungkin ia disebabkan kekangan masa dan tugas terpaksa diberi keutamaan.

Baiklah saya mula kan dulu dengan majlis anjuran kelab yang telah diadakan pada 26 Ogos iaitu tinggal beberapa hari untuk meyambut hari raya 2011. Majlis ini mencakupi bacaan Yassin, Sambutan ulangtahun kelahiran bulan Ogos dan penyampaian Sijil Perhargaan LNPT kepada pegawai (markah lebih dari 90% tapi tak tercalon untuk anugerah khidmat cemerlang mungkin lain tahun lah kot). Rata-rata mereka gembira dengan perhargaan ini walaupun tak tercalon untuk APC, disebabakan perkara ini adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menguatkan lagi semangat bagi berkhidmat lebih cemerlang bagi tahun 2011 pula.(jangan lupa update HRMIS selalu).


 Selepas bacaan selesai, diikuti pula dengan penyampaian hadiah akhir sekali sesi minta ampu dan maaf sesama staf tanpa mengira pangkat tetapi mengira muhrim lelaki dan pereumpuan.