Wednesday, October 12, 2011

Sambung Coretan

Salam semua, hampir dua bulan kami tidak meletakkan apa-apa info dalam blog ini, mungkin ia disebabkan kekangan masa dan tugas terpaksa diberi keutamaan.

Baiklah saya mula kan dulu dengan majlis anjuran kelab yang telah diadakan pada 26 Ogos iaitu tinggal beberapa hari untuk meyambut hari raya 2011. Majlis ini mencakupi bacaan Yassin, Sambutan ulangtahun kelahiran bulan Ogos dan penyampaian Sijil Perhargaan LNPT kepada pegawai (markah lebih dari 90% tapi tak tercalon untuk anugerah khidmat cemerlang mungkin lain tahun lah kot). Rata-rata mereka gembira dengan perhargaan ini walaupun tak tercalon untuk APC, disebabakan perkara ini adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menguatkan lagi semangat bagi berkhidmat lebih cemerlang bagi tahun 2011 pula.(jangan lupa update HRMIS selalu).


 Selepas bacaan selesai, diikuti pula dengan penyampaian hadiah akhir sekali sesi minta ampu dan maaf sesama staf tanpa mengira pangkat tetapi mengira muhrim lelaki dan pereumpuan.