Thursday, October 13, 2011

Panggilan Haji

Sedia maklum selepas raya jer kita semua akan menempuh sambutan hari raya haji, dan seperti yang diketahui ada seorang pegawai daripada bahagian ini telah pun mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah iaitu Pn. Norzalina.

Majlis kesyukuran telah pun diadakan pada 30 September 2011 berlangsung diruang legar bahagian.

Sebelum berangkat ke tanah suci, ramai lah yang diantara kira mengirim doa (siap taip lagi dengan font besar) dengan harapan yang pelbagai. Ada antaranya untuk anak yang soleh, kebahagian didunia & akhirat tapi rata-rata memohon untuk dipercepatkan dan dipermudahcara mendapat jodoh yang beriman (tambah jodoh tak sempat nak taip lah).

Apapun agar doa korang yang dikirim akan diterima dan dimakbulkan oleh Allah nanti.Insyaallah.

Selepas ini boleh panggil Pn. Norzalina kepada Hajah Norzalina dan kami doakan beliau mendapat haji yang mabrur juga selamat pergi dan pulang ke Malaysia.