Monday, July 4, 2011

Exam PTK

Dikesempatan ini, kelab ingin mengucapan mendoakan kepada pegawai2 yang menjawab dalam exam PTK W27 pada hari dan esok, supaya dapat menjawab soalan dengan tenang dan konfiden!

Majlis pada 29 Jun 2011

Seperti sedia maklum, kelab telah mengadakan majlis bacaan yasin dan jamuan perpencenan CC Yati juga tidak lupa menyambut ulangtahun kelahiran staf bagi bulan JUN.

Ia telah dimulai dengan taskirah ringkas daripada En. Mat tentang kelebihan dan fadhilat Bacaan Yassin sebagai syifa` kepada penyakit.Kemudian majlis perpisahan CC Yati mengambil tempat.CC Lina telah diberi penghormatan yang penuh harapan daripada Pengerusi kelab untuk menjadi MC.Pada mulanya suaranya mempunyai getaran yang nyata hingga antara kita memandang sesama sendiri, akan tetapi berkat doa daripada suami yang tersayang maka selepas itu beliau telah dapat mengawal keadaan dengan lebih proaktif dan efektif sekali.Syabas diucapkan kepada beliau.

Mula-mula sekali CC Yati diminta untuk memberi ucapan terakhir kepada staff Bahagian Hasil betapa berasa selesa berkhidmat disini selama ini dan saat berpencen beliau dengan keadaan yang tenang tanpa sebarang tekanan yang dahsyat.

Susulan itu, ucapan daripada Pengarah Hasil dan antara intipati ucapan beliau ialah ucapan tahniah kepada penerima APC tahun 2010 yang telah ikhlas menyumbang jamuan yang lazat pada hari itu dan juga jasa CC Yati kepada agensi ini sepanjang perkhidmatan beliau.Tidak lupa juga ucapan selamat datang kepada Akauntan yang baru iaitu Pn.Juliana daripada JKNS Perlis, semoga cekal menghadapi rintangan yang mendatang di Bahagian Hasil.Seterusnya MC Lina menjemput CC Yati untuk acara mendatangai surat perakuan Surat Akta Rahsia Rasmi yang disaksikan oleh P(H) untuk pegawai yang akan bersara daripada perkhidmatan.Kepada kome-kome semua akan sain surat ini bila pencen kelak.

Majlis diteruskan penyampaian hadiah sumbangan kelab dan daripada Seksyen EG kepada CC Yati. Pada penyampaian hadiah ulangtahun harilahir pula diterima oleh CC Yati dan En. Zaimi, tapi entah mana silapnya pada saat penyampaian tersebut kelibat Zaimi tidak kelihatan.Tapi tak pa mejlis tetap diteruskan tanpa sebarang masalah.Setelah selesai majlis makan-makan telah mengambil tempat.Terima kasih semua.