Friday, April 29, 2011

majlis harijadi

Selesai sudah majlis bacaan yasin yang dianjurkan oleh kelab.Macam biasa lepas bacaan, masing-masing mula berlumba untuk melihat lauk pauk yang akan dihidangkan. Ternyata kesemuanya banyak tertumpu kepada sambal belacan yang dengar katanya sedap dan menaikkan selera lagi kepada yang menjamuya.(angkat bakul sendiri ler). Sebenarnya semua lauk (pok lok) yang disumbangkan daripada ahli sedap-sedap belaka. Disamping itu, majlis ini juga meraikan sambutan harilahir pada bulan April iaitu yus dan niza.
Bulan mei ini bermulalah sukan indoor kita, jadi kepada para pemain siap dengan apa yang perlu untuk menghadapi permainan yang dijangkakan sengit nanti, dan kepada nasri harap ko dah READY!

Wednesday, April 27, 2011

Bacaan Yassin

Salam semua seperti biasa akan diadakan majlis bacaan yassin dan tahlil yang berlansung di aras 4 pada hari esok. Semoga bacaan kita akan dapat dimanafaatkan kepada yang mendengarnya. Amin...
Susulan itu, macam biasa ahli digalakkan membawa juadah masing2 (pok luck) dengan seikhlasnya. Dan tidak lupa kepada giliran pembersihan selepas majlis hendaklah menjalankan tugas telah diamanahkan.

perhimpunan bulan ini

tahniah kepada yang terlibat secara langsung atau yang tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan bulanan pagi tadi.Walaupun ada seket2 terkucil tapi semua lancar.Insan yang paling sibuk ialah "cik fae".Dia kata nak belanja sesuatu tapi tak confrom lagi.Ini mungkin lepas dengar iltizam yang TKP cakap pasal kebajikan itu yang membuatkan rasa terdetik kat hatinya kot...apa pun "MC Lin" yang paling rock pada hari ini. Respon daripada hadirin yang cukup positif....kepada yang belum jadi...tunggulah masanya akan tiba jua...



Monday, April 25, 2011

EGM Kelab JPJ HQ

Pada jumaat lepas, satu EGM kelab telah diadakan di aras 5 ruang legar.Tujuan utamanya adalah untuk membubarkan senarai ajk yang sedia ada untuk dibubarkan.Faktor utama perkara ini dilakukan adalah kerana kebanyakan pegawai yang ada dalam senarai ajak lama telah pun bertukar dan ada yang naik pangkat.Disamping itu juga, terdapat suara2 ahli yang meluahkan rasa tidak puas terhadap kelab ini. Kata mereka kelab tak berjalan lah dan macam2 tomahan lagi.

Oleh itu, ajk yang baru pun sudah dibentuk dan mendapat nafas pengurusan kelab yang boleh membuat penambahbaikan yang baik untuk ahli.Pengerusi lama tetap dikekalkan atas faktor pengaruh yang kuat dan hubungan baik dengan pihak lain.

Tapi yang paling manisnya 4 orang daripada ahli kita telah dilantik kedalam pegurusan kelah JPJ HQ yang baru. Kita semua berbangga dengan amanah yang telah diberikan oleh ahli kelab HQ.


Wednesday, April 20, 2011

Pengumpulan staf jpj HQ

Baru jer tadi dah disahkan perhimpunan bulanan jpj akan dibuat pada 27 april 2011 (rabu).so kepada yang berkenaan kena standby untuk menjadi ahli jawatan kecil untuk menghandel perhimpunan tersebut.harapan semuanya berjalan dengan licin...)

Gempar

Berita gembar, tapi tak juga pasal ni semua orang dah tahu kot, mengenai pembubaran kelab jpj HQ pada hari esok. Harap pada kali ini pemilihan dilakukan dengan telus dan bijaksana dan juga yang boleh melaksanakan obligasi yang telah diamanahkan oleh ahli."One vote can make us differ"

Monday, April 11, 2011

pertukaran cc faridah

tanggal 8 april 2011, cc farida yang baru bertugas lebih kurang 3 bulan di bahagian Hasil telah bertukar ke IT Siberjaya. Namun apakan daya, semua telah berlaku dengan relanya, jangan sedih, usah bimbang, penggati cc yang baru pun dah dapat daripada tingkat 5 blok yang sama. semoga sukses selalu...

Thursday, April 7, 2011

perhimpunan

untuk makluman semua, bahagian hasil akan menjadi hos untuk perhimpunan jabatan kita sayangi pada bulan April ni, jadi seperti biasa pencarian bakat-bakat baru untuk menjadi MC atau juruacara akan dilakukan, maka sesiapa yang ada bakat terpendam boleh menonjolkan diri untuk menjadi calon. pemilihan juri adalah muktamad...selamat mencuba
contoh pengacara!

Niaga

Salam, ahli kita, pn. mastura ada jual pakaian kanak-kanak dengan harga yang boleh runding lagi.sapa nak boleh tengok kat sini.


untuk nak runding harga ker, jumpalah kat pn. mastura
p/s ; sesiapa yang nak cuba berniaga online boleh buat pertanyaan kepada kami : kelabhasil@gmail.com

Wednesday, April 6, 2011

Pertukaran

Seperti mana yang kita tahu, CC  Admin yang baru bertugas kat tempat kita dah bertukar ke IT, Siberjaya, Esok petang dalam pukul 3.00 ptg (lepas orang adam balik sembahyang jumaat) akan diadakan jamuan perpisahan kepada beliau.Semoga beliau bergembira dengan suasana yang lebih kondisif ditempat yang baru...
doakan yang terbaik untuk beliau!

Tuesday, April 5, 2011

Lawatan kediaman rasmi PM Malaysia

Hari ini Kelab Hasil telah berjaya mengadakan lawatan sambil timba ilmu ke kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia kat precint 10.Ketua rombongan diketua oleh Pengerusi kelab,Kak Lina kita.Moga depa semua dapat pengalaman baru kat sana, boleh lah tanya kalau ada info-info terbaru pasal gaji penjawat awam. Lihatlah gelagat diaorang semasa kat sana.