Monday, April 25, 2011

EGM Kelab JPJ HQ

Pada jumaat lepas, satu EGM kelab telah diadakan di aras 5 ruang legar.Tujuan utamanya adalah untuk membubarkan senarai ajk yang sedia ada untuk dibubarkan.Faktor utama perkara ini dilakukan adalah kerana kebanyakan pegawai yang ada dalam senarai ajak lama telah pun bertukar dan ada yang naik pangkat.Disamping itu juga, terdapat suara2 ahli yang meluahkan rasa tidak puas terhadap kelab ini. Kata mereka kelab tak berjalan lah dan macam2 tomahan lagi.

Oleh itu, ajk yang baru pun sudah dibentuk dan mendapat nafas pengurusan kelab yang boleh membuat penambahbaikan yang baik untuk ahli.Pengerusi lama tetap dikekalkan atas faktor pengaruh yang kuat dan hubungan baik dengan pihak lain.

Tapi yang paling manisnya 4 orang daripada ahli kita telah dilantik kedalam pegurusan kelah JPJ HQ yang baru. Kita semua berbangga dengan amanah yang telah diberikan oleh ahli kelab HQ.