Wednesday, December 7, 2011

Acara Kemuncak Kelab

Salam kepada semua. Baru-baru ini ajk kelab telah mengadakan beberapa siri perbincangan secara serius untuk membincang perkara2 dan aktivit2 yang akan dijalankan sebelum kelendar tahun 2011 melabuhkan tirainya,akan tetapi apa kan daya,pelbagai kekangangan yang berlaku, akhirnya ajk telah memutuskan diadakan sahaja makan di restoran cina muslim (haji shirlin low) berlokasi di sungai merab, bangi.

Majlis diadakan pada jam 12.30 tghari (tapi lauk tiba ke meja ahli hanya selepas pukul 1.00 petang). Kehadiran pada hari boleh dikatankan memberangsangkan juga, cuma beberapa orang ahli shaja yang tidak dapat hadir atas masalah yang tidak dielakkan iaitu : En. Zahir (meting last minit), Pn. Ju (balik kampung),Pn. Zalina (ada kenduri dikampung),En. Nasri (hantar bini ke airport) dan En. Zaimi (tugas2 khas).

Ia turut menjamu kapada ahli yang menyambut hari lahir pada bulan December seperti Pn. Asnah dan Cik Lia kita. Dan seperti maklum Pn. Hajjah Norzalina juga sudi walaupun kesihatan yang kurang memuaskan akan tetapi bila dengan untuk jamuan, beliau gagahi juga untuk hadir ke jamuan makan tengahari yang telah dijemput khas oleh Timbalannya.

Sebelum acara makan bermula, MC FAZIL telah membenarkan kepada Timb. untuk memberikan mandat kepada semua untuk acara yang akan direncanakan pada tahun hadapan.Janji beliau adalah untuk mengadakan satu kem team building yang diadakan sebelum Jun 2011, itu pun tertakluk kepada dana yang akan diperolehi kelak.

Layanilah slide khas untuk tatapan anda semua,
Sekian Terima Kasih Daun Keladi,Harap Kita Bertemu Lagi,